FLAMING STEAMBOAT
Dah penat bekerja sehari-hari, pakat ngan kekawan kuar makan lepas office hour. Dah lama tak buat aktiviti untuk unit, nak tunggu buat family day,ntah ada ke tak tahun ni,maklumlah dah bertukar KU dan TKU. So,buat acara makan kat luar pun jadilah.
Kali ni pi makan steamboat kat Flaming Steamboat,Danau Kota. Tak sangka pulak tempat penuh,disebabkan kitorang booking last minute,so dapat tempat jauh ngan tempat buffet. Tak kisahlah asal dapat ngap dan lepak ngan kekawan. Tak semua dapat hadir, ada dalam 22 orang termasuk family.
Lepas makan, jalan-jalan kat uptown Danau Kota, shopping time!!!